Kebanyakan orang selalu ingin kelihatan awet muda, menginginkan
umur yang panjang, dilihat tampan atau cantik dan ingin hidup tenang tanpa stress. Sebenarnya semua orang mampu mendapatkannya tanpa perlu mengambil apa-apa supliment. Kajian dari berbagai penelitian mendapati hanya
dengan senyuman manusia mampu kelihatan muda, sihat, cantik dan tenang. Tips ini mungkin membantu anda untuk senyum walaupun berada seorang diri dirumah. Senyum bukan sahaja untuk orang lain, sekali-sekala berikan senyuman untuk diri sendiri...read more...read more..
10 perkara yang boleh membuatkan anda SENYUM!
1. Mendengar lagu-lagu kegemaran anda yang membangkitkan nostalgia indah.
2. Pejam mata dan hadirkan dalam fikiran anda seseorang yang pernah memberi inspirasi positif dalam hidup anda.
3. Rasakan syukur! Sememangnya kita sedang mewah dengan apa yang dianugerahkaNya!
4. Melihat alam semulajadi sekeliling dan menikmati kewujudanNya kerana sesuatu yang semulajadi adalah ciptaan terus dari Allah swt, bukan melalui manusia.
5. Hubungi orang-orang yang anda sayangi dan luahkan kata-kata bahawa anda sayangkanya.
6. Selama 10 minit pejam mata, buangkan perkara serabut dalam fikiran dan tenggelamkan diri anda dalam keadaan bebas dan tenang.
7. Chocolate time....sekali sekala tidak mengapa. Enjoy the chocolate dan lupakan seketika lemak, kalori, dan segala situasi yang membelenggu anda sekarang.
8. Do something crazy. Buat sesuatu diluar zon selesa anda dan ianya menyeronokkan! - Sesuatu yang anda tidak pernah buat tetapi secretly you want to do it.
9. Kunci pintu...press play...dan yeehaa...menari macam tiadanya esok! Keluarkan semua energy negatif dalam diri. It's show time..Syyhhhh...sorang diri jer tau!
10. Last but not least...keluar bersiar2 terutama ditempat-tempat nature seperti hutan rekreasi, taman semulajadi, pulau atau tempat2 ibadah yang ada kedamaian dsb. Fitrah manusia memerlukan something yang nature, to release out.... Enjoy the relaxation dan senyum!
Ini hanyalah sebahagian daripada idea-idea lain yang ada. Apa yang penting don’t look for reasons to smile outside, but inside yourself. Create it ok! Peace...
Sekian untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment