Saturday, 5 October 2013

Disebalik Senyuman...

Salam Ukhwah...Salam Muhibbah
Bismillahirrahmanirrahim

Buat pertama kali blog ini diselenggarakan dengan entri pertama saya iaitu disebalik senyuman...Bagi yang pertama kali berkunjung ke sini, saya meraikan kalian dengan senyuman yang paling tulen ;) dan semoga anda juga tersenyum bahagia...disamping insan-insan tersayang disekeliling anda.

Senyum...sesuatu yang mudah disebut, apatah lagi untuk dibuat. Cuba anda senyum sekarang dan rasakan bentuk otot bibir dan otot pipi anda sedang bergerak...apa perasaan anda. Adakah senyuman itu dipaksa atau ianya terzahir juga di dalam hati anda?

Sebenarnya senyuman manusia didatangkan dalam pelbagai bentuk. Ketulenan dan kepalsuan sesebuah senyuman mempunyai beberapa  kategori yang berbeza, diantaranya ialah Senyuman Tulus (Amused Smile), Senyuman Tertib (Polite Smile) dan Senyuman Paksa (Amused Smile). Perbezaan senyuman ini diukur melalui tindakan kombinasi otot wajah dengan penyampaian mesej. Fakta ini sebenarnya diambil dari hasil kajian yang dibuat oleh team Kelab RVIP, USM pada tahun 2012 lepas. Alhamdulillah saya juga salah seorang yang berkesempatan menyertai kajian ini. 

Hadirkanlah senyuman diwajah dan pamerkan senyuman setulus mungkin. Senyuman tulus lahirnya dari hati yang bersih...kerana di sebalik senyuman itu, emosi dalaman seseorang akan jelas terpancar di wajahnya. Jika seseorang itu berfikiran positif, maka senyuman yang terpamer akan memancarkan emosi yang sangat hebat serta mampu memberi keceriaan kepada orang lain.

Semoga hari ini menjadi hari yang indah bahagia buat anda. Senyuman itu satu sedekah. Senyum itu adalah hadiah kepada orang lain. Semua orang mampu memberinya, dan yang paling penting senyumlah untuk diri sendiri setiap hari, kerana kita sebenarnya yang terlebih dahulu berhak memilikinya sebelum ianya disedekahkan kepada orang lain... 

Sekian untuk coretan kali ini.
I wrote this because I love to see people SMILE... 

Salam hormat buat semua...

 

No comments:

Post a Comment