Saturday, 5 October 2013

Andai Aku Bukan Setiausaha



Kenangan dulu yang ingin dikongsikan...
Masa sekolah dulu tidak pernah langsung bercita-cita untuk menjadi seorang Setiausaha, malah kerjaya setiausaha tidak wujud dalam senarai cita-citaku. Sejak kecil lagi cita-cita sebenar ialah ingin jadi tenaga pengajar atau coach atau jurulatih…tak kesah la cikgu sekolah ka, pensyarah ka, cikgu tusyen ka, pelatih ka, facilitator ke atau apa-apa saja yang nature jobnya ialah mengajar, melatih dan memberi inspirasi…Passion ku membimbing sebenarnya. Hehe..

Selepas keputusan SPM diumumkan, semua universiti, kolej, maktab, politeknik segalanya ku apply namun tiada langsung jawapan sehingga aku tidak mendapat apa-apa tawaran dari IPTA, Maktab, UITM dan sebagainya padahal kalau diikutkan result SPM memang ketara layaknya untuk dicalonkan... cewahhh..confident sebenarnya. Sehinggalah ku terpaksa menghadirkan diri ke sekolah seperti biasa untuk menyambung Form 6. Huhuhu…..sedangkan rakan-rakanku yang lain sudah bergelar mahasiswa di kampus idaman mereka.

Selepas 2 bulan berada di Form 6, Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Petani, aku menerima surat tawaran dari MARA untuk belajar di Institut Perdagangan MARA, Melaka dalam jurusan MAICSA (Matriculation for Institute Of Chartered Secretaries And Administrators) selama 1 tahun dan bersambung kursus ICSA di Institute Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur selama 4 tahun. Pada mulanya memang tidak berminat langsung dengan ICSA ni. Ntah apa course pun, tidak pernah ku dengar sebelum ini. Pembelajaran semua diajar dalam Bahasa Inggeris pulak tu!

Setelah diberi motivasi yang tinggi oleh ibuku tersayang, hati mula terdetik untuk menerima tawaran. Alhamdulillah..Dapat tahu pulak course ini merupakan professional twin course Malaysia-United Kingdom yang memerlukan 17 paper to complete dalam tempoh 4 tahun di Malaysia dan 2 tahun di United Kingdom. Tambahan pula badge ini merupakan kumpulan perinitis MARA pertama yang mengikuti ICSA ini di Malaysia dan kumpulan ICSA pertama akan ke United Kingdom! The best things is it’s fully sponsored by MARA. Whoww..!

Sejak itulah perjalananku sebagai student Corporate Secretary bermula 1993 sehingga akhirnya 1998. Hari ini, Alhamdulillah aku dapat meneruskan kehidupanku dengan terus aktif melibatkan diri dalam bidang kesetiausahaan syarikat walaupun tidak berkesempatan menyambung study di UK! huhuhu....Pengalamanku besama dengan usahawan kecil dan sederhana amat bernilai dan telah mematangkan aku dalam arena keusahawanan. Dari situ aku mengenali pelbagai peringkat manusia dan banyak ku belajar tentang bagaimana membina perhubungan sesama manusia melalui sebuah perniagaan.

Segala puji bagi Allah yang meletakkan diri ini dalam kelompok usahawan yang bagiku golongan ini sangat gigih dan luar biasa dalam bidang keusahawanan masing-masing. Usahawan yang ku temui semuanya adalah sahabat dan saudaraku yang sangat ku sayangi. Diriku terasa bertanggungjawab untuk mencurahkan segala ilmu yang ku miliki dalam hal kerjayaku sebagai Setiausaha Syarikat untuk membantu menambahnilai kepada perniagaan mereka. Aku amat bersyukur kerana dipilih Allah untuk menyumbangkan khidmat untuk usahawan walaupun hanya sekecil usaha…dan kalau pun aku adalah Setiausaha…jiwaku ingin sekali menjadi pembimbing...rakan rujuk atau mungkin juga sebagai pendamping untuk mendamaikan orang lain. Mungkin termakhbul pada suatu hari kemudian. Insyallah.

No comments:

Post a Comment