Wednesday, 9 October 2013

Menulis dari hati...

Salam bahagia buat semua yang dikasihi 

Hari ini terdetik dihati untuk berkongsi bagaimana timbulnya motivasi untuk saya menulis di blog. Saya mula mencipta blog pada tahun 2010 dan pada ada ketika itu, buat blog hanya suka-suka jer. Sebelum ini, buat kali pertama saya telah wujudkan blog peribadi di http://www.myjobfocus.blogspot.com bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan kesetiausahaan kepada pelanggan dan sebagai rujukan untuk pelanggan supaya mereka mudah menghubungi Unitech Management Services.

Kini saya rasa lebih bersemangat apabila saya berjaya wujudkan blogzaiabdullah yang bertujuan untuk berkongsi rasa sambil meringankan minda melalui penulisan di tinta maya....Chewwahh. Ramai yang kata buat blog ni boleh jana income sampingan. Ada juga yang kata penulisan di blog ini boleh dijadikan medan dakwah untuk menjana pahala. Ada pula menjadikan blog ini sebagai medan untuk berpolitik, luahan kasih sayang, kekeluargaan, hobi dan sebagainya. 

Bagi saya, tidak kisah apa pengisiannya asalkan niat kita adalah betul. Sebenarnya momentum saya untuk mewujudkan blog peribadi melonjak naik apabila saya menghadiri salah satu program Dr Azizan Othman baru-baru ini. Tidak perlu diperkenalkan lagi siapakah gerangannya kerana saya rasa rakan-rakan diluar sana cukup kenal siapa Dr Azizan Othman. Dalam kursus 3 hari itu saya makin kenal diri sendiri, makin fokus pada diri dan nampak jelas apa sebenarnya yang Allah anugerahkan kepada diri kita untuk diberi nilai kepada orang lain. Subhanallah….kuasa Allah yang maha memberi melalui anugerah ilmu manusia lain yang menyampaikannya. Alhamdulillah. 

Saya terbaca satu quote yang berbunyi “Orang bijak ada sesuatu untuk diperkatakan, manakala orang bodoh sentiasa ingin bekata sesuatu”…….. Saya memilih untuk bijak kerana satu-satu perkara yang tergolong dalam “sesuatu untuk diperkatakan” mempunyai nilai yang sangat besar kepada orang lain manakala “berkata sesuatu” tentang satu-satu perkara kadangkala boleh menimbulkan confuse atau kekeliruan serta fitnah kepada orang lain. Dari kata-kata diatas, saya yakin semua orang memilih untuk menjadi bijak, kan. Saya mengajak semua diluar sana, mari kita menulis, bukan untuk orang lain tetapi menulis untuk diri sendiri… 

Medium penulisan tersedia melalui pelbagai platform seperti facebook, twitter, blog, website dsb. Penulisan kita biarlah yang memberi inspirasi kepada orang lain daripada menulis perkara yang mencetus kekeliruan seperti menulis rungutan, rintihan, komplen, mengata, mengumpat dsb. Saya percaya semua orang ada prinsip hidupnya tersendiri untuk diluahkan. Semua orang ada kerjaya, hobi, minat untuk dikongsikan. Jika ianya menjadi inspirasi kepada orang lain…nah! pahalanya sudah ada disitu. 

Cuba bayangkan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini… apa yang kita tinggalkan hanyalah ilmu yang bermanafaat yang telah kita sebarkan, yang telah kita kongsikan melalui penulisan…. Pesan guru saya, untuk memberi ilmu, kita juga perlu mencari ilmu. Saya menulis dari hati kerana itu saya rasa cukup dekat dengan semua orang. 

Terima kasih kerana mengikuti penulisan ini. Jumpa lagi di lain bicara…

No comments:

Post a Comment