Wednesday 5 November 2014

Membongkar Personaliti Melalui LPI TEST

Salam kemesraan dari saya

Agak lama tidak update blogzaiabdullah sejak diri agak proaktif kebelakangan ini. Hari ini saya ingin kongsikan mengenai topik personaliti diri yang memang merupakan salah satu subjek yang sangat saya minati.

Personaliti diri seseorang boleh diuji dengan pelbagai cara dan pelbagai kaedah. Pada sessi pengenalan program SME@UUM yang saya sertai baru-baru ini, saya telah mengadakan ujian personaliti diri melalui kaedah Leonard Personality Inventory Test (LPI). LPI telah direka oleh Dr Leonard Yong sebagai alat untuk mengenali profail perilaku seseorang individu. Melalui ujian ini, seseorang individu akan diberikan beberapa saranan untuk tujuan pembaikan peribadi dan cara kerja yang lebih baik dari segi gaya kepimpinan, kreativiti, peningkatan diri, pembelajaran dan sebagainya. 

Hasil ujian LPI yang dijalankan, saya mendapati rumusan personaliti saya adalah seperti didalam graf di atas. Agak mengujakan diri saya sebenarnya. Walaupun begitu saya meneliti setiap penerangan-penerangan terperinci personaliti diri yang diterangkan dalam bentuk laporan 3 mukasurat berasaskan kepada hasil  ujian tersebut. Ujian ini  telah membuatkan saya lebih mengenali personaliti diri saya yang sebenar serta kecenderungan yang saya miliki samada didalam kerjaya dan sebagainya.

Selain itu saya juga mengenali kelemahan-kelemahan diri yang harus saya perbaiki untuk melonjakkan potensi diri ke tahap yang mampu dicapai. Saya sangat menyarankan rakan-rakan untuk mengambil ujian LPI ini kerana ianya sangat membantu bagi mempertingkatkan pengetahuan tentang diri kita yang sebenar.

Ujian LPI Test ini adalah berbayar dan ianya boleh di buat secara online di www.leonard.com.my.

Sekian entri dari saya buat kali ini.

Smile with me kay!

No comments:

Post a Comment