Sunday 29 December 2013

Azam dan perancangan 2014

Assalamualaikum....

Hari ini kita masih di arena 2013. Beberapa hari saja lagi kita melangkah ke arena 2014 pula. Alhamdulillah...setiap detik, setiap waktu, setiap hari yang melewati kita dapat dimanafaatkan untuk  kehidupan bersama. Masih ada lagi kah peluang untuk kita melawati hari-hari seterusnya?  Allah yang maha mengaturkannya. Bagaimana pula dengan perancangan sepanjang 2014 nanti? Saya percaya ramai diantara kita mempunyai perancangan yang tersendiri dan yang paling penting setiap perancangan kita mestilah disertai dengan doa, petunjuk dan pohon keberkatan dari Yang Maha Esa.

Saya kira semua orang mempunyai azam  tersendiri yang bermatlamatkan peningkatan simpanan atau memiliki pendapatan yang stabil. Ramai yang sedang merangka strategi ke arah itu, betul kan. Apa kata tahun 2014 nanti kita semua mengambil langkah mengadakan satu cabang pendapatan melalui sumber perniagaan. Kita bersyukur kerana Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjalankan perniagaan, malahan pelbagai kemudahan dan sokongan diwujudkan demi menggalakkan kita berniaga. Saya sangat menggalakkan agar anda, rakan anda, keluarga anda, dan semua orang Malaysia patut ambil peluang ini dan mulakan perniagaan walaupun secara sambilan atau kecil-kecilan.


Bagi sesetengah orang, mungkin mereka masih teragak-agak untuk memulakan perniagaan sendiri dan masih mencari arah untuk memulakannya. Sebenarnya  untuk memula dan mengurus perniagaan, ianya memerlukan motivasi, keinginan dan bakat yang boleh dipelajari di mana-mana.  Ia juga memerlukan kajian, pemerhatian, dan perancangan yang rapi. Seperti membina bangunan yang kukuh, membina kejayaan di dalam perniagaan juga bermula dengan langkah yang kecil, konsisten, ketepatan dan kreativiti. Walaupun kesalahan  yang dilakukan di peringkat permulaan berniagaan, bukan beerti ianya mengancam dan menjejaskan perniagaan, tetapi ini sebenarnya adalah batu loncatan untuk membina pengukuhan dalam perniagaan anda. Sudah tentu pengalaman ini memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk menuju ke arah kemantapan dalam mengharungi perniagaan dan peluang tersebut.

Untuk menempah kejayaan dalam perniagaan, cuba cari matlamat peniagaan itu secara jelas dan berkilau! Cari nilai dalam matlamat perniagaan dan juga nilai dalam diri anda. Pakar usahawan berkata untuk berniaga, beri nilai dalam menyelesaikan masalah orang lain. Orang akan membayar atas sebab nilai penyelesaian yang diberi, bukan sebab produk yang dijual! Gunakan strategi ini untuk merancang dan merangka pelan perniagaan anda secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut. Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang boleh anda pertimbangkan sebelum melaksanakan perniagaan.

Perancangan anda akan menjadi pedoman dan panduan yang berharga untuk anda berusaha ke arah merealisasikan perniagaan sebenar. Ia juga boleh digunakan untuk mencari dana dan sumber pembiayaan modal awal. Sebenarnya disiplin dan motivasi diri adalah salah satu elemen yang berfungsi sebagai  pengukur  kejayaan perniagaan anda.

Selamat maju jaya dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi!

No comments:

Post a Comment