Salam kemesraan dari saya
Agak
lama tidak update blogzaiabdullah sejak diri agak proaktif kebelakangan
ini. Hari ini saya ingin kongsikan mengenai topik personaliti diri yang
memang merupakan salah satu subjek yang sangat saya minati.

Personaliti diri seseorang boleh diuji dengan pelbagai cara dan pelbagai kaedah. Pada sessi pengenalan program SME@UUM yang saya sertai baru-baru ini, saya telah mengadakan ujian personaliti diri melalui kaedah Leonard Personality Inventory Test (LPI).
LPI telah direka oleh Dr Leonard Yong sebagai alat untuk mengenali profail perilaku seseorang individu. Melalui ujian ini, seseorang individu akan diberikan beberapa saranan untuk tujuan pembaikan peribadi dan cara kerja yang lebih baik dari segi gaya kepimpinan, kreativiti, peningkatan diri, pembelajaran dan sebagainya.